6 Diet Cara Saya Turun 10kg Sebulan Tanpa Berlapar
"AKU diet ni tak boleh makan tengahari dengan kau” , pernah ke dengar ayat ini bila kita ajak kawan makan tengahari bersama waktu lunch. Perkataan diet, nak kurus , aku dah gemuk memang sinonim kan , tapi sedarkan mereka yang nak kurus ini bahawa apa yang dilakukan itu adalah sangat tidak betul dan salah . Kenapa Kakyaya kata salah? Sebabnya berlapar atau tahan perut dari makan bukanlah amalan pemakanan yang betul dan akan memberikan kesan jangka panjang. Siapa nak tahu diet cara Kakyaya turun 10kg sebulan tanpa perlu berlapar. Nak tahu apa rutin dan apa yang Kakyaya makan yang dapat membantu turunkan berat badan dengan sihat dan nampak kesan yang lebih baik.
1. Jangan Skip Sarapan Pagi
Jangan skip sarapan pagi atau tidak makan sarapan pagi kerana ia merupakan salah satu sebab berat susah nak turun tau!!
😦Jadi jangantinggal breakfast korang. Membantu meningkatkan metabolisma, memberi tenaga dan membakar kalori dengan mudah.
Setiap pagi kakyaya akan buat telur rebus sebiji letak salad sikit lepas tu hancurkan kepit dengan roti jadikan sandwish. jangan sampai pejabat, selalu kata tak sempat nak sarapan.Kakyaya akan bagi cara 3 minit cara hidangan sarapan,caranya mudah sahaja ambil nesturm 3in1 campur dengan 1 sachet cokelat carboflex boleh diminum dengan air suam panas atau sejuk shake2 jer terus minum, mudahkan. rasanya tak sampai 3 minit selesai resepi sarapan ini kenyang dan bertenaga sampai petang, antara mahu dan tidak aje..Jangan banyak alasan dik ..
2. Air Kosong
Ini lagilah Kakyaya lihat ramai yang masih tidak mengamalkan dengan betul. Bila di tanya air kosong kadang-kadang segelas atau dua sahaja dan selebihnya adalah air manis. Air kosong di sarankan minum 6-8 gelas sehari ataupun 2 atau 3 liter sehari. Tapi kan ada yang cakap nanti ulang alik ke tandas lak asyik membuang. Itulah fungsi air kosong membuang toksin dalam badan , kan masa ulang alik ke tandas tu kan senaman takdala melekat aje punggung kat kerusi tu..
Usaha dik nak kurus sihat ini kena usaha kalau nak tahu. Kurus datang dalam mimpi tapi itu bukan realiti..mainan aje tu dik. Amalkan tau air ni sehari sekurangnya 2 liter atau lebih.
3. Menu Makan Tengahari

Wajib makan tengahari dan jangan sesekali tak nak makan kononnya nak diet. Itu tak betul dik jangan nak mogok laparkan diri semata-mata nak kuruskan badan, sangat tidak bagus untuk jangka masa panjang. Menu makan tengahari sangat mudah jika suka sangat makan nasi (kan tak makan nasi mati laa I -ayat tak sedar diri dah gemuk ) , ambil segenggam nasi sebesar penumbuk (dik segenggam aje tau jangan nak nasi tambah segeggam lagi kan abg kasi tambah genggam tu haha ) nasi segenggam , lauknya adalah ikan atau ayam yang dibakar, dikukus, panggang ataupun yang ber sup.Elakkan lauk pauk yang bersantan , goreng dan yang sewaktu dengannya. Selain itu lebihkan sayur sayuran hijau tak pun ulam-ulaman segar. Barulah awet muda macam abg dik, makan ulam aje .
Setiap hari tukarlah lauk baru tak jemu, nak lagi mudah catat buat diari.Diari makanan yang di ambil kan mudah untuk dirujuk kembali nanti.
4. Senaman.

Perlu ke senaman ini?Sangatlah perlu tapi bukanlah perlu senaman berat macam masuk gym 2 jam sehari. Apa yang saya buat adalah lakukan sesuatu yang mudah dan saya suka. Saya suka berjalan jadi setiap hari saya akan berjalan santai dalam 30 -45 minit sambil layan whatsapp kawan-kawan, kadang-kadang tanpa sedar dekat 1 jam sebab asyik sangat melayan kawan kat whatsapp. Jika yang duduk rumah apartment bertuahnya anda, naiklah tangga sehari 5-6 tinggat ok sudah jangan terlalu paksa diri , buat apa yang anda suka itu kata kuncinya.
Semua orang boleh lompat tali ATAU lompat bintang. Tahukan anda melompat tali ATAU lompat bintang bakar kalori dan seseorang boleh membakar sehingga 300 kalori dalam tempoh 30 minit melakukannya. Bukannya susah, dan tidak ambil masa yang lama pun. Mengapa berkira-kira untuk melakukannya
5. Menu Makan Malam.
Ni satu lagi selalu tak makan malam kan , jangan tau ini kakyaya kasi amaran, makan malam adalah wajib tu dia wajib ya. Menu apa yang nak di ambil waktu malam ini. Kakyaya cadangkan ambil makan malam awal sebelum maghrib antara jam 6petang ke 8 malam. Jangan makan lewat malam, perut tu pun perlukan masa nak proses dan perut pun nak rehat juga macam kita dik jangan ingat kita aje nak rehat , perut pun nak rehat tau.
menu makan malam selalunya boleh buat sup ayam atau pun bihun sup tetapi bihun (adalah karbohidrat) jadi ambil 1 genggam sahaja dan lebihkan sayur dalam sup itu. Ini pun boleh kenyang tau.
6. Detox Malam
Amalkan detox #Deflex setiap malam sebelum tidur. Kebaikan dan fungsi Deflex Ini membantu membersihkan usus secara menyeluruh dan menormalkan kembali fungsi usus, 💯Melancarkan kembali proses pembuangan dan sekaligus menghilangkan masalah sembelit, Meningkatkan metabolisme dan kecekapan sistem penghadaman, Membantu menurunkan paras kolesterol jahat, Mempercepatkan proses penyerapan nutrien dan seterusnya memberikan kesan cepat dan maksimum ke atas pengambilan supliment, Menstabilkan paras glukosa dalam darah, Mengekalkan berat badan ideal, Menukar kembali angka usia biologi dan memberi kesan awet muda dari semasa ke semasa!
Macam mana mudah ke diet cara Kakyaya ini? tak susah kan, tak perlu berlapar, tak perlu nak ikat perut , plan ini akan nampak dalam jangka panjang sebab sebenarnya anda merubah gaya hidup anda. Bila anda merubah gaya hidup dan gaya pemakanan dengan sendirinya anda akan menjadi lebih sihat InsyaAllah. Yang penting adalah Usaha kan ..Usaha Lift Kejayaan ..No U Turn.
INGAT LEMAK, INGAT CARBOFLEX..
BERMINAT?
RUGI KALAU ANDA TAK NAK MENCUBA??
Hubungi Stokis Carboflex.
Whatsapp : 019-3607839 (kakyaya)